Panduan penulisan penempatan Firefox

Objektif dokumen ini adalah untuk membantu dalam penghasilan dan penempatan penulisan dan menyokong penyediaan dan ketekalannya yang optimum. Dokumen ini bersifat organik bermakna ia mencerminkan keadaan semasa. Dokumen ini akan dikemas kini sewajarnya, selaras dengan perubahan ekspresi jenama kami.

Mengapa dokumen ini penting sebagai panduan penempatan penulisan bagi kegiatan pemasaran Firefox?

Panduan ini bertujuan untuk membantu anda memahami jenama Firefox dengan lebih baik bagi memberi pendekatan yang lebih jelas untuk kerja penterjemahan dalam bahasa anda. Selain itu, kami juga akan kongsikan perkataan dan kaedah ejaan pilihan syarikat bagi membantu dalam proses penempatan.

Penulisan kami tidak sepatutnya diterjemahkan secara harafiah tetapi haruslah mencerminkan personaliti dan suara jenama yang dioptimumkan daripada sudut budaya dan bahasa. Maksud yang tersirat dan tersurat daripada teks sumber perlulah diadaptasi ke dalam bahasa sasaran.

Tentang Firefox โ€” Siapa kami

Firefox bukan sekadar pelayar. Firefox ialah jenama pencabar yang mencabar status quo dan menyokong hak pengguna atas talian.

Kami meletakkan hak dan kepentingan pengguna sebagai asas dalam apa jua yang kami lakukan. Sebagai sebuah syarikat berteknologi tinggi, kami meletakkan kepentingan pelanggan melebihi keuntungan.

Sebagai sebuah jenama, Firefox menggabungkan prinsip dengan produk-produk kami yang berkaitan.

(Mozilla adalah organisasi bukan berasaskan keuntungan di sebalik Firefox.)

Ikrar jenama:

Firefox berjuang demi anda

Apa yang kami perjuangkan:

Firefox berjuang demi pengguna kami dengan menghasilkan produk-produk yang memberikan pengguna kami kawalan dan kuasa ke atas hidup mereka di atas talian.

Produk:

Personaliti dan suara

Dengan siapa kami bercakap?

Kami menakrifkan khalayak sasaran kami sebagai Pengguna Berpengetahuan. Ini merujuk kepada mereka yang membuat dan mahukan keputusan yang berpengetahuan di atas talian serta di luar talian.

Pengguna Berpengetahuan:

  • Membina kehendak dan pilihan mereka dengan berhati-hati dan penuh kesedaran
  • Berusaha untuk menyelaraskan tindakan dengan nilai dan aspirasi mereka sendiri
  • Pelanggan yang amat menuntut
  • Sering melakukan kajian mereka sendiri agar memahami sepenuhnya semua pilihan yang ada

Secara khususnya, kami berkomunikasi dengan dua kumpulan di dalam Pengguna Berpengetahuan ini. Si Sulit dan Sang Penyebar.

Si Sulit:

  • Kemungkinan besar adalah pengguna Firefox sedia ada
  • Mengutamakan privasi dan sanggup membelanjakan wang demi memastikan kehidupan digital mereka selamat
  • Percaya bahawa internet bertanggungjawab melindungi warganya

Sang Penyebar:

  • Pengikut trend dan pendahulu trend
  • Mahu agar rakan-rakan dan pengikut mereka mengetahui pilihan baik yang mereka lakukan
  • Berusaha untuk mempengaruhi komuniti mereka untuk membuat pilihan yang bijaksana

Sifat Jenama dan Personaliti Jenama Firefox

AtributPersonaliti Jenama Firefox
BerpendapatFirefox bertindak atas kepercayaan dan mengambil kedudukan yang jelas dengan yakin. Produk-produk kami mencerminkan motivasi yang terbentuk daripada wawasan jenama kami. Rukun jenama kami menjadi dasar kepada segala perlaksanaan kami. Inilah yang kami ingin sampaikan kepada pengguna dan rakan kongsi kami.
BukaFirefox percaya bahawa internet perlu terbuka, mudah diakses dan selamat untuk semua orang. Kami berusaha ke arah komunikasi dan kerjasama terbuka. Kami: Berfikiran terbuka. Berhati terbuka. Sumber terbuka. Sudut pandang global merupakan bahagian yang penting dalam jenama kami. Kami berbicara dalam banyak bahasa dan cuba mengambil perspektif yang berbeza.
Berjiwa murniFirefox menjangkakan kehendak, menawarkan penyelesaian dan alternatif sekiranya kebebasan dan hak pengguna terancam atau disalah guna. Kami memimpin melalui teladan kerana kami mahukan yang terbaik untuk pengguna serta dunia ini secara amnya. Kami bangunkan produk yang lebih baik, memulakan dialog, bekerjasama secara terbuka, mendidik diri dan orang lain serta memaklumkan pengguna kami. Dengan berbuat demikian, kami bertindak secara empatik dengan semua orang.
radikalFirefox mengambil langkah berani ke arah internet yang lebih baik dengan mempersoalkan status quo dan kesukaran syarikat gergasi internet yang lain. Melihat melalui sudut pandang yang optimis untuk internet adalah satu tindakan yang radikal. Meletakkan keperluan pengguna melebihi keperluan sendiri juga merupakan satu tindakan yang radikal. Kami mencabar status quo kerana kami percaya ia adalah satu langkah yang benar.

Personaliti Jenama Firefox ditakrifkan melalui hubungan di antara sifat-sifat ini. Suatu sifat atau karektor mungkin menjadi lebih penting atau kurang penting bergantung kepada konteks.

Matriks Personaliti Firefox

Suara

Suara dan bahasa pilihan kami adalah:

Suara
Tepat, jelas, dan mudah untuk difahamiKami mahu para pengguna rasa diterima, maka kami gunakan perkataan dan konsep yang mudah difahami oleh semua orang.
Tepat dan ringkasKami gemarkan tajuk utama, frasa dan undangan bertindak yang ringkas. Kami cuba elakkan struktur ayat yang rumit atau ayat berbunga yang tidak bermakna.
TulenPenulisan kami โ€” seperti juga produk kami โ€” dihasilkan oleh manusia untuk manusia. Kami melayan pengguna kami dengan adil dengan menggunakan bahasa semula jadi.
Semula jadiKami menulis dengan suara yang aktif dan menggunakan suara pasif dengan berhemat. Elakkan gaya nominal. Kami lebih sukakan dua ayat yang pendek berbanding satu ayat yang panjang.
Penuh hormatHormat tanpa menjadi terlalu formal.
JenakaTeruja tanpa berpura-pura atau berlebih-lebih.
RelevanKami ketemukan pengguna kami di mana mereka berada. Mereka seharusnya mampu memahami kandungan kami dengan cepat dan merasai hubungan yang intim. Kiasan budaya mestilah munasabah dan sesuai dengan pasaran berbanding diterjemahkan secara harafiah tanpa konteks budaya yang sesuai.
Optimis dan bermotivasiKami percaya bahawa internet mempunyai masa depan yang positif. Sungguh pun adakalanya kita akan membincangkan sesuatu perkara yang kurang menyenangkan, kami lebih suka mengambil pandangan yang positif.
KreatifSekali pun fakta dan kejelasan diutamakan, kami tetap gemar menggunakan bahasa yang kreatif dan menarik dalam penulisan kami. Kami tentu sekali tidak mahu dilihat sebagai hambar dan membosankan. Kami cuba elakkan stereotaip pemasaran.

Terma glosari / Terma berulang (MASIH DALAM PENINGKATAN)

Jika ada sebarang ketidakpastian, carian transvisi masih boleh dirunding. Namun, walau pun carian sering menunjukkan terjemahan versi lama dalam senarai carian (biasanya dengan alamat rasmi), alat ini berfungsi sebagai panduan.